Reka Bentuk Perindustrian

Daftar Reka Bentuk Perindustrian Anda di Malaysia

Laman Utama » Reka Bentuk Perindustrian

Apakah itu Reka Bentuk Perindustrian?

Reka bentuk perindustrian merujuk kepada ciri-ciri visual sesuatu produk yang menjadikannya unik – seperti bentuk, susunan, corak atau hiasan. Elemen-elemen tersebut boleh berbentuk dua dimensi (seperti garisan, corak, atau warna), tiga dimensi (seperti bentuk atau struktur permukaan), atau gabungan kedua-duanya.

Konklusinya, reka bentuk perindustrian melindungi rupa atau penampilan produk anda, bukan bagaimana ia berfungsi.

Untuk mendapatkan perlindungan, reka bentuk mestilah:

  • Baharu dan belum didedahkan di mana-mana di dunia;
  • Boleh digunakan secara industri dan boleh dihasilkan atau digunakan dalam mana-mana sektor industri.

Apa Yang Boleh Didaftarkan Sebagai Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia?

Contoh ciri – ciri reka bentuk yang boleh didaftarkan:

Apa Yang Tidak Boleh Didaftarkan Sebagai Reka Bentuk Perindustrian?

Beberapa elemen tidak layak untuk mendapat perlindungan reka bentuk perindustrian, termasuk:

Berapa Lama Tempoh Perlindungan Reka Bentuk Perindustrian?

Di Malaysia, reka bentuk perindustrian:

  • Sah selama 5 tahun dari tarikh pemfailan.
  • Ia boleh diperbaharui setiap 5 tahun, sehingga maksimum 25 tahun.

Perlindungan jangka panjang ini membantu mengekalkan nilai dan keunikan reka bentuk anda sepanjang kitaran hayat komersial produk berkenaan.

Apakah Hak Reka Bentuk Perindustrian?

Sekiranya permohonan anda berjaya, anda akan memperoleh:

  • Hak eksklusif untuk menggunakan, menjual atau melesenkan reka bentuk anda
  • Keupayaan untuk menghalang pihak lain daripada menggunakan reka bentuk anda tanpa kebenaran
  • Pilihan untuk memindahkan atau melesenkan hak anda bagi menjana peluang komersial tambahan.

Bagi memastikan perlindungan hak undang-undang yang menyeluruh, sebarang perjanjian pemindahan atau pelesenan hendaklah direkodkan di Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk.

Lindungi & Maksimumkan Nilai Rekaan Anda Bersama Kami

Sama ada anda seorang usahawan, pereka produk, atau syarikat yang memiliki reka bentuk produk yang unik, melindungi reka bentuk anda merupakan satu langkah strategik yang bijak. Pasukan kami sedia membantu anda di setiap peringkat — daripada pendaftaran sehinggalah kepada penguatkuasaan dan pengkomersialan.
Scroll to Top