NBS Intellectual Sdn Bhd

Melindungi Hak Milik Anda Dengan Sewajarnya

NBS berbangga sebagai sebuah firma harta intelek (intellectual property (IP)) yang terkemuka di Malaysia, Indonesia, dan Singapura, serta bertindak sebagai sebuah pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan serta penyelesaian isu berkaitan IP di seluruh Asia Tenggara. Pasukan profesional kami yang berdedikasi telah membina rangkaian pelanggan merangkumi syarikat tempatan dan antarabangsa serta institusi penyelidikan daripada pelbagai sektor industri yang berpuas hati terhadap perkhidmatan yang disediakan.

Kami membantu pelanggan dan klien untuk mendapatkan perlindungan hak harta intelek di lebih daripada 150 buah negara dengan memanfaatkan Protokol Madrid bagi cap dagangan, sistem Perjanjian Kerjasama Paten (Patent Cooperation Treaty (PCT)) bagi paten, serta hubungan rangkaian rakan sekutu global yang dipercayai.

NBS menawarkan perkhidmatan IP menyeluruh yang merangkumi pendaftaran cap dagangan, paten (termasuk penyediaan draf), hak cipta, dan reka bentuk perindustrian. Selain itu, perkhidmatan kami juga termasuk menyediakan sokongan untuk proses litigasi IP, pelesenan, francais, pembaharuan, pemantauan IP (IP watch), dan penilaian IP. Kesemua perkhidmatan ini bertujuan memudahkan akses kepada perlindungan harta intelek oleh sesebuah perusahaan di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Perkhidmatan Utama Kami

CAP DAGANGAN

Cap dagangan merujuk kepada sebarang NAMA, LOGO, PERKATAAN, JENAMA, SIMBOL, TANDA, SLOGAN atau gabungannya yang membentuk identiti yang unik bagi sesebuah syarikat serta barangan atau perkhidmatannya dalam pasaran.

PATEN

Paten merupakan PELINDUNGAN kepada suatu CIPTAAN BAHARU yang menawarkan PENYELESAIAN BAHARU kepada MASALAH TERTENTU dalam sesuatu bidang teknologi. Ciptaan tersebut mestilah baharu dan tidak pernah didedahkan di mana-mana di seluruh dunia.

REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Reka bentuk perindustrian didefinisikan sebagai REKA BENTUK VISUAL atau RUPA BENTUK LUARAN bagi sesuatu produk. Reka bentuk tersebut boleh terdiri daripada bentuk, konfigurasi, corak, atau perhiasan yang menarik dari segi visual.

HAK CIPTA

Hak cipta ialah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik untuk mengawal penggunaan karya untuk tempoh masa tertentu. Karya hak cipta termasuk KARYA SASTERA, SENI, MUZIK, FILEM, RAKAMAN BUNYI, PENYIARAN dan KARYA TERBITAN.

PELESENAN

Pelesenan ialah HAK YANG DIBERI oleh pemilik (pelesen) kepada pengguna berpotensi (pemegang lesen) untuk menggunakan, menjual, mengedar, mengilangkan atau menghasilkan produk/perkhidmatan yang mengandungi aset pemilik.

VARIETI BAHARU TUMBUHAN (NPV)

Varieti Baharu Tumbuhan adalah bentuk harta intelek yang memberikan hak eksklusif kepada pembiak baka untuk mendapat manfaat daripada usaha dan inovasi mereka dalam pembangunan varieti baharu.

FRANCAIS

Francais membolehkan seseorang untuk MENJALANKAN SESUATU PERNIAGAAN di bawah JENAMA SYARIKAT YANG SEDIA ADA dan MENJUAL BARANGAN ATAU PERKHIDMATANNYA dengan membayar yuran.

PENILAIAN HARTA INTELEK

Penilaian Harta Intelek ialah proses menaksir nilai wang sesebuah ASET HARTA INTELEK.

Rangkaian Kami

Kini, NBS adalah sebuah firma harta intelek yang sedang berkembang secara global dengan pengetahuan yang luas, menawarkan pelanggan kami akses kepada perkhidmatan harta intelek di mana-mana sahaja di dunia. Dengan rangkaian global yang kukuh, kami dapat memastikan pelanggan kami menerima perkhidmatan yang efisien dalam pendaftaran cap dagangan, paten, dan reka bentuk perindustrian di seluruh Asia, Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah, Afrika, dan Oseania.

Komen Pelanggan

Kami telah membantu pelbagai perniagaan dalam melindungi jenama mereka dan mengukuhkan kedudukan di pasaran. Kisah kejayaan mereka menjadi bukti kepada kepakaran dan komitmen kami.

Berita & Pandangan IP

Kejayaan anda bermula dengan satu perbualan

Mari berhubung dengan kami hari ini!

Scroll to Top