Singapura

Rangkaian Harta Intelek Global Kami

Laman Utama » Rangkaian » Singapura

Senarai Negara-Negara Asia

Singapura

PROSES PENDAFTARAN CAP DAGANGAN DI SINGAPURA

Pihak kami akan menguruskan proses pendaftaran cap dagangan anda di Singapura melalui langkah-langkah yang berikut. Untuk makluman, setiap langkah boleh dimohon/dilakukan secara berasingan:

  • Carian Pra-Pemfailan Cap Dagangan
    Untuk menyemak ketersediaan dan kebolehdaftaran (availability and registrability) cap dagangan anda di Singapura. (Tempoh: 3 hari bekerja)
  • Permohonan Pemfailan / Pemeriksaan Cap Dagangan
    Untuk menyediakan, melaksanakan, dan memfailkan permohonan cap dagangan anda kepada pejabat cap dagangan Singapura. (Tempoh: Jangka masa 12 bulan)
  • Penerbitan & Pendaftaran Cap Dagangan
    Setelah notis penerimaan (notice of acceptance) diterima daripada pejabat cap dagangan, pihak kami akan mengatur penerbitan cap dagangan anda di warta kerajaan. Sekiranya TIADA bantahan dikemukakan dalam tempoh ditetapkan, maka sijil pendaftaran akan dikeluarkan dan diberikan kepada anda. (Tempoh: Jangka masa 3 bulan)

Dokumen yang Diperlukan:-

  • Logo, Nama Jenama, Slogan, Label dalam bentuk salinan perisian (software copy) (format jpeg, pdf, png, gif)
  • Klasifikasi cap dagangan atau spesifikasi barangan dan perkhidmatan
  • Nama dan alamat pemohon

Anggaran Tempoh Masa bagi Permohonan Cap Dagangan yang Lancar

  • 8 sehingga 15 bulan

Pembaharuan Cap Dagangan

  • 10 Tahun

PROSES PENDAFTARAN PATEN DI SINGAPURA

Carta alir proses pendaftaran bagi permohonan paten di Singapura; daripada permohonan hingga ke pemberian geran

Untuk pemohonan yang difailkan pada atau selepas tarikh 14 Febuari 2014

PROSES PENDAFTARAN PATEN DI SINGAPURA

*Tempoh akhir dikira dari tarikh prioriti yang diisytiharkan (declared priority date) atau, jika tiada tarikh keutamaan diisytiharkan, dari tarikh pemfailan permohonan paten.

© IPOS

PROSES PENDAFTARAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN DI SINGAPURA

Carta alir proses pendaftaran bagi permohonan reka bentuk perindustrian (Industrial Design (ID)) di Singapura; daripada permohonan hingga pemberian geran.

PROSES PENDAFTARAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN DI SINGAPURA

© IPOS

PROSES PENDAFTARAN HAK CIPTA DI SINGAPURA

Seni adalah ekspresi kreatif daripada minda manusia dan dizahirkan secara visual, melalui penulisan, bunyi, pergerakan, dalam bentuk 3D, serta dalam format multimedia. Kesemua ekspresi ini yang berasal daripada minda manusia dikenali sebagai karya, yang boleh merangkumi lukisan, puisi, novel, artikel, lakaran, gambar foto, drama, koreografi, arca, filem, permainan komputer, perisian aplikasi, dan juga bangunan.

Hak cipta dan hak-hak berkaitannya adalah penting dalam menyokong kreativiti manusia. Ia memberi insentif kepada pencipta dalam bentuk pengiktirafan dan ganjaran komersil. Pencipta diberi jaminan bahawa karya mereka boleh disebarkan tanpa kebimbangan terhadap penyalinan tanpa kebenaran atau cetak rompak. Penyebaran karya-karya ini dapat memberi ruang dan peluang kepada masyarakat di seluruh dunia untuk mengakses serta menikmati pelbagai budaya, ilmu pengetahuan, dan hiburan daripada latar belakang yang berlainan.

Secara amnya, sesuatu reka bentuk perindustrian terdiri daripada:

  • Ciri-ciri 3D, seperti bentuk sesuatu produk,
  • Ciri-ciri 2D, seperti hiasan, corak garis, atau warna pada sesuatu produk; atau
  • Gabungan satu atau lebih ciri-ciri di atas.

Untuk menuntut hak cipta, idea atau ekspresi tersebut mesti direkodkan dalam bentuk material (CD, DVD, cakera keras, pemacu USB, kad SIM, atau dokumen).

Kejayaan anda bermula dengan satu perbualan

Mari berhubung dengan kami hari ini!

Scroll to Top