Senarai Negara-Negara Asia
Malaysia
- Cap Dagangan di Malaysia
- Paten di Malaysia
- Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia
- Hak Cipta di Malaysia
PROSES PENDAFTARAN CAP DAGANGAN DI MALAYSIA
Pihak kami akan menguruskan proses pendaftaran cap dagangan anda di Malaysia melalui langkah-langkah seperti berikut. Untuk makluman, setiap langkah boleh dimohon atau dilakukan secara berasingan:
- Carian Pra-Pemfailan Cap Dagangan
Pihak kami akan menyemak ketersediaan dan kebolehdaftaran cap dagangan anda di Malaysia.
(Tempoh: 3 hari bekerja) - Permohonan Pemfailan / Pemeriksaan Cap Dagangan
Pihak kami akan menyediakan, melaksanakan dan memfailkan permohonan cap dagangan anda kepada Pejabat Cap Dagangan Malaysia.
(Tempoh: Jangka masa 12 bulan) - Penerbitan & Pendaftaran Cap Dagangan
Setelah Notis Penerimaan diterima daripada Pejabat Cap Dagangan, pihak kami akan mengatur penerbitan cap dagangan anda di warta kerajaan. Sekiranya, TIADA bantahan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan, maka sijil pendaftaran akan dikeluarkan dan diberikan kepada anda.
(Tempoh: Jangka masa 3 bulan)
Dokumen yang Diperlukan:-
- Logo, Nama Jenama, Slogan, Label dalam salinan perisian (format jpeg, pdf, png, gif)
- Klasifikasi cap dagangan atau spesifikasi barangan dan perkhidmatan
- Nama dan alamat pemohon
- Akuan berkanun
Anggaran Tempoh Masa untuk Permohonan Cap Dagangan yang Lancar:
- 12 hingga 15 bulan
Pembaharuan Cap Dagangan
- 10 Tahun
PROSES PENDAFTARAN PATEN DI MALAYSIA
Pemfailan Paten Secara Tempatan (di Malaysia)

PROSES PENDAFTARAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA
Pemilik atau pereka bentuk boleh memohon pendaftaran di Malaysia. Tempoh sah maksimum untuk pendaftaran reka bentuk di Malaysia ialah 15 tahun. Ia sah untuk tempoh awal 5 tahun dari tarikh pemfailan, dan boleh diperbaharui setiap 5 tahun sehingga maksimum 15 tahun.
PROSES PENDAFTARAN HAK CIPTA DI MALAYSIA
Semua seni adalah ekspresi kreatif dari minda manusia dan dinyatakan secara visual, melalui tulisan, bunyi, pergerakan, dalam bentuk 3D dan format multimedia. Semua ekspresi daripada minda manusia dipanggil sebagai karya, yang merangkumi lukisan, puisi, novel, artikel, lakaran, gambar, drama, koreografi, arca, filem, permainan komputer, perisian aplikasi dan bangunan.
Hak cipta dan hak yang berkaitan adalah penting kepada kreativiti manusia. Hal ini kerana, ia dapat memberi insentif kepada pencipta dalam bentuk pengiktirafan dan ganjaran ekonomi yang adil. Para pencipta dijamin bahawa karya mereka boleh disebarkan tanpa rasa takut terhadap penyalinan tidak sah ataupun cetak rompak. Ini seterusnya membantu meningkatkan akses dan tarag terhadap budaya ilmu pengetahuan dan hiburan di seluruh dunia.
Secara amnya, reka bentuk perindustrian terdiri daripada:
- Ciri-ciri 3D seperti bentuk produk,
- Ciri-ciri 2D seperti hiasan, corak garisan atau warna produk; atau
- Gabungan satu atau lebih daripada ciri-ciri tersebut.
Untuk menuntut hak cipta, idea atau ekspresi tersebut mestilah direkodkan dalam bentuk material (CD, DVD, cakera keras, pemacu kilat, kad SIM atau dokumen).











