Laos

Rangkaian Harta Intelek Global Kami

Laman Utama » Rangkaian » Laos

Senarai Negara-Negara Asia

Laos

PROSES PENDAFTARAN CAP DAGANGAN DI LAOS

Pihak kami akan menguruskan pendaftaran cap dagangan anda di Brunei melalui langkah-langkah berikut. Sila ambil maklum bahawa setiap langkah boleh dimohon secara berasingan:

  • Carian Pra-Pemfailan Cap Dagangan
    Untuk menyemak ketersediaan dan kebolehdaftaran cap dagangan anda di Laos.
    (Tempoh: 3 hari bekerja)
  • Pemfailan Permohonan / Pemeriksaan Cap Dagangan
    Untuk menyediakan, melaksanakan dan memfailkan permohonan cap dagangan anda kepada Pejabat Cap Dagangan Laos.
    (Tempoh: Jangka masa 12 bulan)
  • Penerbitan & Pendaftaran Cap Dagangan
    Setelah Notis Penerimaan diterima daripada Pejabat Cap Dagangan, pihak kami akan mengatur penerbitan cap dagangan anda di warta kerajaan. Sekiranya, TIADA bantahan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan, maka sijil pendaftaran akan dikeluarkan dan diberikan kepada anda.
    (Tempoh: Jangka masa 3 bulan)

Dokumen yang Diperlukan:

  • Logo, Nama Jenama, Slogan, Label dalam salinan perisian (format jpeg, pdf, png, gif)
  • Klasifikasi cap dagangan atau spesifikasi barangan dan perkhidmatan
  • Nama dan alamat pemohon
  • Surat Kuasa (Power of Attorney)

Anggaran Tempoh Masa untuk Permohonan Cap Dagangan yang Lancar:

  • 12 sehingga 15 bulan

Pembaharuan Cap Dagangan:

  • 10 Tahun

CARTA ALIR PENDAFTARAN CAP DAGANGAN

PROSES PENDAFTARAN PATEN DI LAOS

Carta alir proses pendaftaran bagi permohonan paten di Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao), dari permohonan sehingga geran.

PROSES PENDAFTARAN PATEN DI LAOS

© Tilleke & Gibbins

REKA BENTUK PERINDUSTRIAN DI LAOS

Carta Alir Proses Pendaftaran bagi Permohonan Reka Bentuk perIndustrian (ID) di Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao), dari permohonan sehingga pemberian geran.

REKA BENTUK PERINDUSTRIAN DI LAOS

PROSES PENDAFTARAN HAK CIPTA DI LAOS

Semua bentuk seni adalah ekspresi kreatif daripada minda manusia yang dinyatakan secara visual, melalui penulisan, bunyi, pergerakan, dalam bentuk 3D dan dalam format multimedia. Semua ekspresi daripada minda manusia ini dipanggil sebagai karya yang merangkumi lukisan, puisi, novel, artikel, lakaran, gambar foto, drama, koreografi, arca, filem, permainan komputer, aplikasi perisian dan bangunan.

Hak cipta dan hak yang berkaitan amat penting kepada kreativiti manusia. Hal ini kerana, ia dapat memberi dapat insentif kepada pencipta dalam bentuk pengiktirafan dan ganjaran ekonomi yang adil. Para pencipta dijamin bahawa karya mereka boleh dipaparkan tanpa rasa takut terhadap penyalinan tanpa kebenaran ataupun cetak rompak. Ini seterusnya membantu meningkatkan akses dan taraf terhadap budaya, ilmu pengetahuan dan hiburan di seluruh dunia.

Secara amnya, reka bentuk perindustrian terdiri daripada:

  • Ciri-ciri 3D, seperti bentuk sesuatu produk,
  • Ciri-ciri 2D, seperti hiasan, corak garisan atau warna produk; atau
  • Gabungan satu atau lebih daripada ciri-ciri tersebut.

Untuk menuntut hak cipta, idea atau ekspresi mestilah direkodkan dalam bentuk material (CD, DVD, cakera keras, pemacu USB, kad SIM atau dokumen).

Kejayaan anda bermula dengan satu perbualan

Mari berhubung dengan kami hari ini!

Scroll to Top