Filipina

Rangkaian Harta Intelek Global Kami

Laman Utama » Rangkaian » Filipina

Senarai Negara-Negara Asia

Filipina

PROSES PENDAFTARAN CAP DAGANGAN DI FILIPINA

Pihak kami akan menguruskan proses pendaftaran cap dagangan anda di Filipina melalui langkah-langkah seperti berikut. Sila ambil perhatian bahawa setiap langkah boleh dimohon secara berasingan:

  • Carian Pra-Pemfailan Cap Dagangan
    Untuk menyemak ketersediaan dan kebolehan pendaftaran cap dagangan anda di Filipina.
    (Tempoh: 3 hari bekerja)
  • Pemfailan Permohonan / Pemeriksaan Cap Dagangan
    Untuk menyediakan, melaksanakan dan memfailkan permohonan cap dagangan anda kepada Pejabat Pendaftaran Cap Dagangan Filipina.
    (Tempoh jangka masa 12 bulan)
  • Penerbitan & Pendaftaran Cap Dagangan
    Setelah Notis Penerimaan diterima daripada Pejabat Pendaftaran, pihak kami akan mengaturkan penerbitan cap dagangan anda dalam Warta Kerajaan. Jika TIADA bantahan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan, sijil pendaftaran akan dikeluarkan kepada anda.
    (Tempoh: Anggaran 3 bulan)

Dokumen yang Diperlukan:

  • Logo, Jenama, Slogan, Label dalam salinan perisian (format JPEG, PDF, PNG, GIF)
  • Klasifikasi Cap Dagangan atau spesifikasi barang dan perkhidmatan
  • Nama dan alamat Pemohon
  • Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney)

Anggaran Tempoh Permohonan yang Lancar:

  • 12 sehingga 15 bulan

Pembaharuan Cap Dagangan:

  • 10 Tahun

CARTA ALIR PENDAFTARAN CAP DAGANGAN

PROSES PENDAFTARAN PATEN DI FILIPINA

Carta alir proses pendaftaran permohonan paten di Filipina, daripada permohonan sehingga geran:

PROSES PENDAFTARAN PATEN DI FILIPINA

PROSES PENDAFTARAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN FILIPINA

Carta urutan proses pendaftaran permohonan reka bentuk perindustrian (ID) di Filipina, daripada permohonan sehingga geran:

PROSES PENDAFTARAN HAK CIPTA DI FILIPINA

Semua bentuk seni adalah ekspresi kreatif minda manusia yang dinyatakan secara visual, melalui penulisan, bunyi, pergerakan, dalam bentuk 3D dan juga dalam format multimedia. Semua ekspresi ini dikenali sebagai karya, yang merangkumi lukisan, puisi, novel, artikel, lakaran, foto, drama, koreografi, arca, filem, permainan komputer, perisian aplikasi dan bangunan.

Hak cipta dan hak berkaitannya adalah penting untuk kreativiti manusia. Hal ini kerana, ia dapat memberi insentif kepada pencipta dalam bentuk pengiktirafan dan ganjaran ekonomi yang adil. Para pencipta dijamin bahawa karya mereka boleh dipaparkan tanpa rasa bimbang terhadap peniruan atau dicetak rompak. Ini seterusnya membantu meningkatkan akses dan taraf terhadap budaya, ilmu pengetahuan dan hiburan di seluruh dunia.

Secara amnya, reka bentuk industri terdiri daripada:

  • Ciri-ciri 3D, seperti bentuk sesuatu produk,
  • Ciri-ciri 2D, seperti hiasan, corak garisan atau warna sesuatu produk; atau
  • Gabungan satu atau lebih daripada ciri-ciri tersebut.

Untuk membuat tuntutan hak cipta, idea atau ekspresi tersebut mestilah direkodkan dalam bentuk bahan fizikal (seperti CD, DVD, hard disk, pemacu USB, kad SIM atau dokumen).

Kejayaan anda bermula dengan satu perbualan

Mari berhubung dengan kami hari ini!

Scroll to Top