Senarai Negara-Negara Asia
China
- Cap Dagangan di China
- Paten di China
- Reka Bentuk Perindustrian di China
- Hak Cipta di China
- Carian Pra-Pemfailan Cap Dagangan Untuk menyemak ketersediaan dan kebolehdaftaran (availability and registrability) cap dagangan anda di China. (Tempoh: 3 hari bekerja)
- Permohonan Pemfailan / Pemeriksaan Cap Dagangan Untuk menyediakan, melaksanakan, dan memfailkan permohonan cap dagangan anda kepada pejabat pendaftaran cap dagangan China. (Tempoh: Jangka masa 12 bulan)
- Penerbitan & Pendaftaran Cap Dagangan Setelah notis penerimaan (notice of acceptance) diterima daripada pejabat pendaftaran cap dagangan, pihak kami akan mengatur penerbitan cap dagangan anda di warta kerajaan. Sekiranya TIADA bantahan dikemukakan dalam tempoh ditetapkan, maka sijil pendaftaran akan dikeluarkan dan diberikan kepada anda. (Tempoh: Jangka masa 3 bulan)
- Logo, Nama Jenama, Slogan, Label dalam bentuk salinan perisian (software copy) (format jpeg, pdf, png, gif)
- Klasifikasi cap dagangan atau spesifikasi barangan dan perkhidmatan
- Nama dan alamat pemohon
- Surat Kuasa (Power of Attorney)
- 12 sehingga 15 bulan
- 10 Tahun
PROSES PENDAFTARAN PATEN DI CHINA
Carta alir proses pendaftaran bagi permohonan paten di Republik Rakyat China; daripada permohonan hingga pemberian geran.

© The National Law Review 2022
PROSES PENDAFTARAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN CHINA
Carta alir proses pendaftaran reka bentuk Perindustrian (ID) di Republik Rakyat China; daripada permohonan hingga pemberian geran.

PROSES PENDAFTARAN HAK CIPTA DI CHINA
Seni adalah ekspresi kreatif daripada minda manusia dan dizahirkan secara visual, melalui penulisan, bunyi, pergerakan, dalam bentuk 3D, serta dalam format multimedia. Kesemua ekspresi ini yang berasal daripada minda manusia dikenali sebagai karya, yang boleh merangkumi lukisan, puisi, novel, artikel, lakaran, gambar foto, drama, koreografi, arca, filem, permainan komputer, perisian aplikasi, dan juga bangunan.
Hak cipta dan hak-hak berkaitannya adalah penting dalam menyokong kreativiti manusia. Ia memberi insentif kepada pencipta dalam bentuk pengiktirafan dan ganjaran komersil. Pencipta diberi jaminan bahawa karya mereka boleh disebarkan tanpa kebimbangan terhadap penyalinan tanpa kebenaran atau cetak rompak. Penyebaran karya-karya ini dapat memberi ruang dan peluang kepada masyarakat di seluruh dunia untuk mengakses serta menikmati pelbagai budaya, ilmu pengetahuan, dan hiburan daripada latar belakang yang berlainan.
Secara amnya, sesuatu reka bentuk perindustrian terdiri daripada:
- Ciri-ciri 3D, seperti bentuk sesuatu produk,
- Ciri-ciri 2D, seperti hiasan, corak garis, atau warna pada sesuatu produk; atau
- Ciri-ciri 2D, seperti hiasan, corak garis, atau warna pada sesuatu produk; atau
Untuk menuntut hak cipta, idea atau ekspresi tersebut mesti direkodkan dalam bentuk material (CD, DVD, cakera keras, pemacu USB, kad SIM, atau dokumen).











