Brunei

Rangkaian Harta Intelek Global Kami

Laman Utama » Rangkaian » Brunei

Senarai Negara-Negara Asia

Brunei

PROSES PENDAFTARAN CAP DAGANGAN DI BRUNEI

Pihak kami akan menguruskan pendaftaran cap dagangan anda di Brunei melalui langkah-langkah berikut. Sila ambil maklum bahawa setiap langkah boleh dimohon secara berasingan:

  • Carian Pra-Pemfailan Cap Dagangan
    Untuk menyemak ketersediaan dan kebolehdaftaran cap dagangan anda di Brunei.
    (Tempoh: 3 hari bekerja)
  • Pemfailan Permohonan / Pemeriksaan Cap Dagangan
    Untuk menyediakan, memohon dan memfailkan permohonan cap dagangan anda kepada Pejabat Pendaftaran Cap Dagangan Brunei.
    (Tempoh Jangka masa dalam 12 bulan)
  • Penerbitan & Pendaftaran Cap Dagangan
    Setelah Notis Penerimaan diterima daripada Pejabat Cap Dagangan, pihak kami akan mengatur penerbitan cap dagangan anda dalam warta kerajaan. Sekiranya TIADA bantahan dikemukakan dalam tempoh tersebut, sijil pendaftaran akan dikeluarkan kepada anda.
    (Tempoh Jangka Masa dalam 3 bulan)

Dokumen yang Diperlukan:

  • Logo, Jenama, Slogan, Label dalam salinan perisian (format Jpeg, pdf, png, gif)
  • Klasifikasi Cap Dagangan atau spesifikasi barangan dan perkhidmatan
  • Nama dan alamat pemohon

Anggaran Tempoh Permohonan Cap Dagangan Yang Lancar:

  • 12 sehingga 15 bulan

Pembaharuan Cap Dagangan:

  • 10 Tahun

CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN CAP DAGANGAN

PROSES PENDAFTARAN PATEN DI BRUNEI

Carta alir proses pendaftaran permohonan paten di Brunei, daripada permohonan hingga geran:

PROSES PENDAFTARAN PATEN DI BRUNEI

PROSES PENDAFTARAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN DI BRUNEI

Carta alir proses pendaftaran permohonan reka bentuk perindustrian (ID) di Brunei Darusslam, dari permohonan hingga geran:

PROSES PENDAFTARAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN DI BRUNEI

PROSES PENDAFTARAN HAK CIPTA DI BRUNEI

Semua bentuk seni adalah ekspresi kreatif minda manusia yang dinyatakan secara visual, melalui penulisan, bunyi, pergerakan, dalam bentuk 3D dan juga dalam format multimedia. Semua ekspresi ini dikenali sebagai karya, yang merangkumi lukisan, puisi, novel, artikel, lakaran, foto, drama, koreografi, arca, filem, permainan komputer, perisian aplikasi dan bangunan.

Hak cipta dan hak berkaitannya adalah penting untuk kreativiti manusia. Hal ini kerana, ia dapat memberi insentif kepada pencipta dalam bentuk pengiktirafan dan ganjaran ekonomi yang adil. Para pencipta dijamin bahawa karya mereka boleh dipaparkan tanpa rasa bimbang terhadap peniruan atau dicetak rompak. Ini seterusnya membantu meningkatkan akses dan taraf terhadap budaya, ilmu pengetahuan dan hiburan di seluruh dunia.

Secara amnya, reka bentuk industri terdiri daripada:

  • Ciri-ciri 3D, seperti bentuk sesuatu produk,
  • Ciri-ciri 2D, seperti hiasan, corak garisan atau warna sesuatu produk; atau
  • Gabungan satu atau lebih daripada ciri-ciri tersebut.

Untuk membuat tuntutan hak cipta, idea atau ekspresi tersebut mestilah direkodkan dalam bentuk bahan fizikal (seperti CD, DVD, hard disk, pemacu USB, kad SIM atau dokumen).

Kejayaan anda bermula dengan satu perbualan

Mari berhubung dengan kami hari ini!

Scroll to Top