Pengasas

Kenali Pengasas Kami

Laman Utama » Pengasas

Mesej Dari Pengarah Urusan Kumpulan

Kami kini merupakan firma harta intelek terkemuka di Malaysia, hasil sokongan berterusan daripada pelanggan yang setia dan berpuas hati. Di NBS, kami komited untuk melindungi kepentingan perusahaan kecil dan sederhana, khususnya dalam aspek perlindungan undang-undang cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian dan hak cipta.

Selain itu, kami berusaha untuk memupuk literasi IP dalam kalangan usahawan tempatan bagi melindungi hak mereka dan memastikan kelebihan daya saing mereka. Rangkaian kami juga merangkumi syarikat antarabangsa yang besar terdiri daripada pelbagai industri.

Sementara itu, syarikat subsidiari kami, NetBusiness Interaction Sdn. Bhd., telah berkembang daripada menyediakan perkhidmatan reka bentuk jenama dan laman web sehinggalah kepada perundingan pemasaran digital. Dimana kami membantu pelanggan memasarkan produk mereka dalam ruang digital melalui e-mel dan perdagangan dalam dan luar talian untuk melonjakkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Kami kini giat berusaha untuk meluaskan perkhidmatan kami ke seluruh rantau ASEAN dengan menjalin kerjasama bersama rangkaian rakan antarabangsa. Matlamat kami adalah untuk melindungi dan mempromosikan kepentingan perusahaan kecil dan sederhana di Asia Tenggara.

" Kami percaya bahawa apa yang menjadi hak anda, seharusnya menjadi milik anda. "

Yang Benar,
Jacky Wong

Kejayaan anda bermula dengan satu perbualan

Mari berhubung dengan kami hari ini!

Scroll to Top