Pasukan Kami
Kenali Pasukan Kami | Pakar Harta Intelek Malaysia
Dr. Tan Jian Hong
Eksekutif Paten
KELAYAKAN
- Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan Mekanikal (Pemodelan Perkomputeran, Pemindahan Haba)
- Sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal (Tenaga Boleh Baharu, Loji Kuasa Hidro)
- Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Mekanikal (Robotik)
PENGALAMAN
Jian Hong mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Kejuruteraan Mekanikal (Pemodelan Perkomputeran) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Penyelidikan kedoktorannya berfokuskan kepada penggunaan model berangka bagi mengkaji tingkah laku nanofluid pada skala mesoskopik. Ini mencerminkan minat beliau yang mendalam berkenaan bidang pemodelan perkomputeran.
Kepakaran Jian Hong meliputi pelbagai bidang, termasuk pemodelan perkomputeran, tenaga boleh baharu, dan robotik. Kepelbagaian ini menyumbang kepada pemahaman beliau terhadap ilmu dan aplikasi kejuruteraan yang lebih menyeluruh. Selain daripada itu, beliau juga mampu bekerja di dalam sebuah pasukan dengan baik. Jian Hong juga sentiasa bersemangat untuk mempelajari perkara baharu dengan mengaplikasikan kemahirannya di dalam industri harta intelek.
Di NBS Intellectual Sdn. Bhd., Jian Hong bertanggungjawab untuk menjalankan carian kebaharuan berkenaan ciptaan baharu, menggubal dokumen paten, mengurus portfolio paten, dan memfailkan permohonan paten. Beliau juga terlibat dalam pelbagai analisis lain seperti carian kebebasan untuk beroperasi (freedom-to-operate), analisis pelanggaran, carian landskap teknologi, carian paten setara, dan status perundangan paten.
Jian Hong merupakan seorang yang bersemangat untuk menyumbang kepada perlindungan ciptaan serta inovasi. Oleh itu, beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pakar paten yang diiktiraf supaya beliau dapat menggunakan ilmu pengetahuannya bagi melindungi harta intelek individu dan organisasi.
PENGUASAAN BAHASA
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu
- Bahasa Mandarin
