Pasukan Kami

Kenali Pasukan Kami | Pakar Harta Intelek Malaysia

Laman Utama » Pasukan Kami » Anisha Kaur

Anisha Kaur

Eksekutif Undang-Undang Kanan

KELAYAKAN
PENGALAMAN

Anisha Kaur kini menyandang jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang Kanan di NBS. Pernah melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Brickfields Asia College, Anisha kini merupakan ejen cap dagangan berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Sepanjang kerjayanya, beliau telah banyak membantu dan memberi nasihat kepada klien dalam pelbagai urusan harta intelek yang bersifat pertikaian dan bukan pertikaian. Anisha mempunyai pengalaman luas dalam menangani isu-isu pertikaian harta intelek seperti tindakan pelanggaran cap dagangan dan hak cipta di peringkat tempatan dan antarabangsa, serta tindakan pembatalan dan penarikan balik pendaftaran di Malaysia.

Beliau juga aktif menyertai pelbagai sesi ceramah dan seminar, termasuk yang dianjurkan oleh MyIPO, APAA, Universiti Malaya, selain bekerjasama dengan CLJ. Anisha turut berpengalaman dalam menyampaikan ceramah kepada pelbagai organisasi dan institusi pengajian tinggi, selain daripada turut berkongsi ilmu dan latihan dengan rakan warga firma.

Bidang kepakaran beliau merangkumi pendaftaran cap dagangan di Malaysia dan negara luar, cara melindungi karya melalui hak cipta, pengenalan kepada paten dan reka bentuk perindustrian, serta cara mencipta nama jenama yang berkesan.

Anisha juga pernah terlibat dalam mewujudkan kerjasama dan jalinan hubungan dengan firma harta intelek dari pelbagai negara bagi memperluaskan rangkaian dan ilmu pengetahuan dalam bidang ini.

Beliau berpegang teguh kepada kata-kata daripada Mark Getty – “Harta Intelek merupakan minyak berharga pada abad ke-21.”

PENGUASAAN BAHASA

Kejayaan anda bermula dengan satu perbualan

Mari berhubung dengan kami hari ini!

Scroll to Top