Pasukan Kami

Kenali Pasukan Kami | Pakar Harta Intelek Malaysia

Laman Utama » Pasukan Kami » Angela Wong

Angela Wong

Perunding

PENGALAMAN

Angela merupakan seorang yang tekun, bersemangat, serta bersifat optimis. Setelah menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan hospitaliti, Angela telah bekerja selama beberapa tahun di hotel-hotel terkemuka di sekitar Kuala Lumpur dan Singapura. Tidak lama kemudian, beliau menemui minat yang lebih mendalam di dalam bidang perundingan dan jualan kerana beliau gemar bertemu dengan individu-individu pelbagai latar belakang daripada industri yang berbeza.

Angela juga merupakan seorang yang menghargai cabaran dalam bidang jualan termasuk cabaran bagi memperoleh keputusan dan ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dikerjakan.

Angela percaya bahawa harta intelek adalah satu elemen penting yang membantu sesebuah syarikat untuk berkembang dengan lebih sihat dan berjaya. Ia merupakan sumber berharga yang menjadikan syarikat menonjol berbanding dengan yang lain. Tanpa harta intelek, sukar bagi sesebuah syarikat untuk melangkah dengan lebih jauh. Disebabkan itulah beliau terus berusaha dengan penuh dedikasi untuk membantu klien melindungi kelebihan unik mereka.

Pernah bertugas sebagai seorang perunding di sebuah platform pereka bentuk, Angela mempunyai pengalaman tersendiri dalam membantu klien untuk menyelaraskan reka bentuk terbaik mengikut keperluan masing-masing. Pengalaman ini menjadikan beliau seorang yang berkemahiran tinggi dalam mengintegrasikan perlindungan cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, dan hak cipta untuk klien-kliennya. Selain daripada itu, beliau juga telah menghadiri pelbagai kursus dan latihan profesional bagi memperluaskan ilmu pengetahuannya. Rakan sekerja dan penyelia menganggap Angela sebagai seorang yang mampu menyelesaikan masalah secara positif, serta mahir dalam membina hubungan yang baik dan mengekalkan persefahaman dengan klien.

Angela teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan di NBS Intellectual. “Mari bersama-sama menjadi lebih maju dan lebih baik!”

PENGUASAAN BAHASA

Kejayaan anda bermula dengan satu perbualan

Mari berhubung dengan kami hari ini!

Scroll to Top