Menuntut Hak Milik Anda yang Sewajarnya
Harta intelek (IP) merupakan hasil ciptaan minda yang dilindungi secara sah. Ciptaan ini meliputi reka cipta, karya sastera dan seni; reka bentuk; serta simbol, nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan.
Siapa Kami
Ditubuhkan pada tahun 2000, NBS menyediakan perkhidmatan proses pemfailan dan pendaftaran secara langsung di Malaysia, Indonesia, dan Singapura, di samping capaian perkhidmatan yang melangkaui sempadan tersebut.
Dengan kadar kejayaan melebihi 90% dalam proses pendaftaran IP di peringkat global, kami berbangga untuk terus menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi serta kecekapan operasi. Rekod pencapaian kami mencerminkan keupayaan NBS dalam menyokong usaha pelanggan dan klien untuk memanfaatkan aset harta intelek bagi perluasan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa. Pada masa yang sama, kami mengalu-alukan peluang untuk mewakili perniagaan dari negara lain di Asia Tenggara dan seluruh dunia.
Teras misi kami adalah berlandaskan satu komitmen yang teguh iaitu untuk melindungi dan mempertahankan perkara yang sememangnya merupakan hak anda.
Perkhidmatan Kami
- Pendaftaran Cap Dagangan, Paten & Perbaharuan Utiliti, Reka Bentuk perindustrian, Varieti Tanaman Baharu, dan Hak Cipta
- Penggubalan Paten
- Pembaharuan dan Penyerahan Hak
- Bantuan Perundangan
- Pelesenan
- Pemantauan IP
- Francais
Visi Kami
Mengukuhkan nilai sesuatu jenama dan harta intelek meliputi Asia Tenggara
Misi Kami
- Memberi perkhidmatan door-to-door yang berkualiti dengan kadar yang berpatutan
- Bersikap terbuka dalam pembelajaran sambil memenuhi keperluan pelanggan
- Menegakkan profesionalisme dan dedikasi dalam perkhidmatan kami
- Memastikan penyelenggaraan hak IP pelanggan yang berkesan dan tepat pada masanya
- Membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan berasaskan kepercayaan dan persahabatan
- Menjadi peneraju dalam platform pendidikan dan rangkaian kesedaran IP kepada orang awam
Ahli Kepada
