Hak Cipta
Lindungi Hasil Kreatif Anda dengan Pendaftaran Hak Cipta
Soalan Lazim (FAQ) Hak cipta
Q1: Apa itu hak cipta?
Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka di Malaysia bagi tempoh masa tertentu, yang diperuntukkan di bawah Akta Hak Cipta 1987
Q2: Apakah jenis karya yang layak untuk perlindungan hak cipta?
Karya yang layak termasuk karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem, siaran penyiaran, dan karya derivatif.
Q3: Berapa lama tempoh pendaftaran hak cipta?
Proses pendaftaran biasanya mengambil masa antara 8-10 bulan, bergantung kepada kelengkapan permohonan. Setelah diluluskan, Sijil Notifikasi Sukarela akan dikeluarkan.
Q4: Berapa lama tempoh perlindungan hak cipta?
Tempoh perlindungan hak cipta lazimnya berlangsung sepanjang hayat pencipta dan disambung selama 50 tahun selepas kematiannya. Bagi karya tertentu, perlindungan adalah selama 50 tahun dari tarikh pertama diterbitkan, tertakluk kepada jenis karya tersebut.
Q5: Apakah yang tidak dilindungi di bawah hak cipta?
Idea, prosedur, kaedah kerja, serta konsep matematik tidak termasuk dalam perlindungan hak cipta.
Q6: Adakah wajib untuk mendaftarkan dan memfailkan hak cipta?
Pendaftaran hak cipta tidak diwajibkan oleh undang-undang. Namun, pemfailan hak cipta boleh berfungsi sebagai bukti pemilikan yang penting. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian, ia boleh dijadikan sebagai bukti prima facie di mahkamah.
