Cap Dagangan
Lindungi Jenama Anda melalui Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia
Apa Itu Cap Dagangan?
Cap dagangan merujuk kepada jenama, nama, logo, atau simbol yang digunakan oleh sesebuah perniagaan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Ia berfungsi untuk melindungi identiti jenama dan memainkan peranan penting dalam membezakan perniagaan anda daripada pesaing di pasaran.
Apakah Kriteria untuk Pendaftaran Cap Dagangan di Malaysia?
Untuk melayakkan sesuatu jenama didaftarkan sebagai cap dagangan di Malaysia, jenama tersebut perlu memenuhi kriteria berikut:
- Mempunyai ciri-ciri yang unik dan tersendiri, serta tidak menerangkan secara langsung sifat produk atau perkhidmatan yang ditawarkan;
- Tidak mengandungi unsur yang mengelirukan atau menyinggung perasaan;
- Tidak menggunakan simbol rasmi, nama yang dilindungi, atau lambang kebangsaan (contoh: “Bunga Raya”, lambang diraja).
Jenis Cap Dagangan Yang Boleh Didaftarkan di Malaysia
Untuk diterima bagi pendaftaran, cap dagangan mestilah mempunyai keaslian, tidak bersifat terlalu deskriptif, dan tidak bercanggah dengan undang-undang. Antara jenis cap dagangan yang biasa didaftarkan termasuk:
- Cap Perkataan (Word Marks)
- Cap Logo / Lambang (Logo / Device Marks)
- Cap Gabungan (Combination Marks)
- Cap Bentuk (Shape Marks)
- Cap Warna (Colour Marks)
- Cap Siri (Series Trademarks)
- Cap Bunyi (Sound Marks)
- Cap Bau (Scent Marks) – jarang dan sukar didaftarkan
Faedah Mendaftar Cap Dagangan
Dengan mendaftar cap dagangan, anda akan memperoleh:
- Hak eksklusif untuk menggunakan jenama anda;
- Keupayaan untuk melesenkan atau menjual cap dagangan anda;
- Perlindungan undang-undang terhadap pelanggaran.
Dokumen yang diperlukan untuk Pendaftaran Cap Dagangan
Individu (Warganegara atau Asing)
- Signed statutory declaration (affirmed or notarized)
- Salinan kad pengenalan/pasport;
- Nama & alamat pemohon;
- Kelas cap dagangan;
- Keterangan produk atau perkhidmatan.
Syarikat (Warganegara Malaysia atau Asing):
- Signed statutory declaration by director or authorized signatory
- Dokumen pendaftaran syarikat (hanya untuk syarikat Malaysia);
- Maklumat pemohon, kelas & keterangan.
Kelas Cap Dagangan Malaysia
Cap dagangan diklasifikasikan kepada 45 kelas berdasarkan jenis produk/perkhidmatan:
- Kelas 1 hingga 34: untuk Barangan
- Kelas 35 hingga 45: untuk Perkhidmatan
