Paten

Lindungi Ciptaan Anda dengan Paten Malaysia

Laman Utama » Paten » Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Lazim (FAQ) Paten

Q1: Apakah yang boleh saya patenkan?
Anda boleh mematenkan sesuatu ciptaan yang baharu, melibatkan keunikan ciptaan, dan boleh digunakan dalam industri. Ini termasuk produk, proses, mesin, atau kaedah yang merupakan penambahbaikan kepada teknologi sedia ada. Di Malaysia, idea abstrak, formula matematik dan kaedah rawatan untuk manusia tidak boleh dipatenkan. Untuk layak, ciptaan anda mestilah praktikal, berfungsi dan belum didedahkan kepada umum sebelum tarikh pemfailan.

Q2: Apakah hak yang dimiliki oleh pemilik paten?
Pemilik paten mempunyai hak eksklusif untuk membuat, menggunakan, menjual, menawarkan untuk dijual, atau mengimport ciptaan yang dipatenkan. Ini bermaksud anda boleh menghalang pihak lain daripada meniru atau menggunakan ciptaan anda tanpa kebenaran. Anda juga boleh melesenkan atau menjual hak paten kepada pihak lain untuk menjana pendapatan.

Q3: Bilakah masa terbaik untuk memohon paten?
Masa terbaik untuk memfailkan permohonan paten ialah sebelum anda mendedahkan atau mengkomersialkan ciptaan anda. Pendedahan umum (termasuk pameran, penjualan atau penerbitan akademik) boleh menjejaskan peluang anda mendapatkan paten. Pemfailan awal akan melindungi ciptaan anda dan menetapkan tarikh keutamaan, yang penting sekiranya berlaku pertikaian di masa hadapan.

Q4: Bolehkah saya melindungi ciptaan saya di luar negara?

Boleh. Untuk memiliki hak paten di sesuatu negara, anda perlu membuat permohonan berasingan di negara yang anda mahukan perlindungan. Anda boleh membuat permohonan kepada negara tersebut atau gunakan Patent Cooperation Treaty (PCT) untuk memudahkan proses pemfailan antarabangsa. Melalui PCT, anda diberi masa sehingga 30 bulan untuk memutuskan negara mana yang ingin anda teruskan perlindungan patennya.

Q5: Adakah pemberian paten dijamin?
Tidak. Pemberian paten tidak dijamin. Selepas permohonan difailkan, ciptaan anda akan melalui pemeriksaan teliti oleh pejabat paten untuk memastikan ia memenuhi kriteria kebolehpatentan – kebaharuan, keunikan ciptaan, dan kebolehgunaan industri. Jika gagal memenuhi mana-mana syarat ini, permohonan mungkin ditolak. Walau bagaimanapun, permohonan paten yang dirangka dengan baik dan memenuhi semua keperluan undang-undang mempunyai peluang lebih tinggi untuk diluluskan.

Q6: Apa yang berlaku jika paten saya ditolak?

Jika permohonan paten anda ditolak, anda masih mempunyai beberapa pilihan, bergantung kepada sebab penolakan, sebagai contoh anda boleh:

  • Meminda atau mengecilkan tuntutan(klaim) untuk memenuhi syarat, terutamanya dari segi kebaharuan (novelti) atau keunikan ciptaan;
  • Menyerahkan penjelasan atau hujahan untuk menjawab bantahan daripada pemeriksa;
  • Menukar permohonan kepada Utiliti Inovasi (UI) di Malaysia yang hanya memerlukan novelti untuk melindungi penambahbaikan teknikal sahaja.

Lindungi Inovasi Anda – Mulakan Permohonan Paten Hari Ini!

Pakar kami akan membimbing anda di setiap langkah.

Scroll to Top